- 17 Ogos 2023
Pengurus Jualan Perisian Forex (Jauh, Seluruh Dunia)
Mengenai Kami:
Wintrado Technologies ialah sebuah syarikat Swiss yang dinamik dan berkembang pesat dalam industri forex dan penyelesaian perisian dimana ibu pejabat terletak di Lucerne, Switzerland, dan pejabat-pejabat lain di Limassol, Cyprus. Misi kami sekarang adalah untuk memperluas jangkauan global dan mencari Pengurus Jualan profesional di seluruh dunia untuk menyertai pasukan dinamik kami.
Ringkasan Peranan:
Sebagai Pengurus Jualan, anda berfungsi sebagai pemain utama dalam menggerakkan aktiviti jualan kami di kawasan anda dengan memberi fokus kepada industri kewangan dan forex B2B. Calon yang ideal mestilah seorang ahli jurujual profesional yang mempunyai rekod penjualan produk perisian prestasi yang baik, mempunyai hubungan yang kukuh dengan ahli-ahli dalam industri forex dan kewangan, dan mampu bekerja secara bebas.
Mengenal pasti dan melibatkan pelanggan berpotensi dalam industri kewangan dan forex.
- Memacu jualan penyelesaian perisian kami dengan memanfaatkan pengetahuan dan hubungan industri anda.
- Memacu jualan penyelesaian perisian kami dengan memanfaatkan pengetahuan dan hubungan industri anda.
- Membina dan menjaga hubungan yang baik dengan pemain utama industri.
- Mewakili Wintrado dalam acara dan mesyuarat industri.
- Menyediakan laporan jualan berkala dan maklum balas pasaran kepada pihak pengurusan.
- Bekerjasama dengan pasukan jualan global untuk menyelaraskan strategi jualan dan berkongsi amalan terbaik.
Kelayakan Utama:
- Pengalaman dalam jualan yang baik, terutamanya dalam penjualan produk perisian.
- Mempunyai hubungan dan pengalaman yang kukuh dalam industri forex dan kewangan.
- Kebolehan komunikasi dan rundingan yang cemerlang.
- Berdikari dan boleh bekerja secara bebas.
- Fasih dalam Bahasa Inggeris; bahasa tambahan dianggap sebagai aset.
- Boleh ke luar negeri/negara jika diperlukan
Apa Yang Kami Tawarkan:
Di Wintrado, kami percaya dalam pemberian ganjaran untuk setiap kejayaan dalam memupuk sifat keusahawanan. Kami menawarkan struktur komisen yang menarik kepada Pengurus Jualan kami bersesuaian dengan pencapaian dan kemahiran jualan mereka. Ini membolehkan potensi pendapatan yang luar biasa mengikut usaha dan hasil mereka. Posisi ini bukan sekadar pekerjaan – ini adalah peluang untuk menjadi sebahagian dalam sebuah syarikat dinamik dan inovatif dalam industri forex. Jika anda menjadi sebahagian daripada pasukan kami, anda akan mempunyai kebebasan untuk merangka jalan anda sendiri dan sokongan untuk memberikan impak yang ketara.
Nota: Semua permohonan akan diuruskan dengan sulit.
Sila mohon dan lampirkan CV anda di career@wintrado.com